Assalamualaikum WBT,
Semalam saya sempat menonton Hijrah Selebriti kat TV la, lupa channel mana dan artis tersebut adalah Catriona Ross yang asal dari Kelantan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Iya, pan Asia.
Menarik rancangan tersebut, tapi ada beberapa point yang menarik ingin saya bawakan kepada anda dan ia juga ada terkesan dalam diri saya sendiri. Bukan saya nak berhijab, bukan, no no no, tapi Catriona atau lebih mesra dipanggil Cat adalah seorang yang passionate dalam dunia seni. Dia masuk teater di sekolah, drama di sekolah, dan dia juga sememangnya meminat dunia lakonan.
Namun, dia bukanlah seorang graduan seni lakonan, maaf, saya lupa dia graduan apa, tapi memang berbeza bidang. Dia nyatakan hasrat dia kepada ibunya, pada mulanya ibunya tidak bersetuju sebab dia ada Degree dan pada pandangan ibunya, Cat kena mencairi kerja yang lebih menjamin masa depannya. Berlainan dengan ayahnya, Cat menyatakan bahawa, ayahnya lebih open dan menyokong hasrat Cat untuk menceburkan diri dalam bidang lakonan, dan ayahnya bertanyakan fasal gaji, bayaran, tempat tinggal, macamane kerja dan sebagainya.
Walaupun telah menjelaskan kepada ibunya, ibunya tetap berasa teragak-agak untuk membiarkan Cat mengambil jalannnya sendiri. Namun, selepas beberapa tahun menggiatkan diri dalam bidang seni lakonan, ibunya mula menerima bakat Cat dan mula mempercayai kebolehan Cat. Ibunya mula menanyakan bila akan lakonan terbaru keluar di television, dan lain-lain. Rakan-rakan ibunya juga mula menanyakan bila akan drama terbaru keluar di television. Sedikit demi sedikit, bakatnya mula menyinar dan restu ibunya adalah yang terpaling penting.
"Alhamdulillah, percaturan saya membuahkan hasil" - Catriona Ross
Well, itu sahaja yang sempat saya tonton, then tentang hijrahnya saya tak sempat pun nak tengok, lagupun, saya mengantuk sangat dah masa tu. Cuma, apa yang saya dapat adalah, cara membuat keputusan dan percaya akan keputusan tersebut dan kuatkan semangat dalam menempuhi segala rintangan dan cabaran SELEPAS memilih untuk PILIHAN sendiri.
Iyaa.. kuatkan semangat dan do not lose hope. He is always there for you.
Assalamualaikum WBT
p/s: Terima kasih Cat.