Quantcast
Channel: New Interesting Manuscripts
Viewing all articles
Browse latest Browse all 940

Saham Akhirat : Adik Tuan Nur Batrisyia Perlukan Bantuan Kita.

$
0
0
Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Baiklah untuk entry kali ini, saya ingin bantuan anda semua yang membaca dan tolong sebarkan ke semua untuk membantu insan yang dalam kesusahan ini.

Pada beberapa minggu lepas, Pertubuhan Gabungan Media Terengganu (GaMET), sebuah badan pertubuhan NGO telah membangunkan satu Tabung Bantuan Kecemasan Khas (TBKK) yang bertujuan untuk membantu sebanyak yang mungkin kepada kes-kes kesusahan. 

Adik Tuan Nur Batrisyia binti Tuan Nasir adalah insan yang pertama yang menerima bantuan daripada GaMET. Bantuan berbentuk barangan keperluan diberikan kepada Adik Batrisyia dan keluarga ketika menunggu Adik Batrisyia di hospital. 

"Media adalah penting kepada masyarakat dan tidak salah jikalau kami mengambil langkah sebegini untuk memberi makluman kepada umum", kata Rozainah Zakaria, Setiausaha GaMET. 

Adik Batrisyia yang menghidap penyakit hydrocephalus iaitu penyakit yang menyebabkan kepala adik Batrisyia membesar 3 kali ganda daripada saiz kepala normal. Ia juga adalah kerana cecair yang berlebihan di dalam kepala dan ia menyebabkan pembesaran kepala. 

Kepada yang ingin menderma bagi meringankan penderitaan Adik Batrisyia, anda bolehlah menghubungi Presiden GaMET iaitu, Encik Nadzarul Amir Zainal Abidin di talian 016-3833929 atau Setiausaha GaMET iaitu, Rozainah Zakaria di talian 019-2219949.

Marilah kita sama-sama meringankan penderitaan Adik Batrisyia ini. Semoga apa yang kita dermakan diterima oleh Allah SWT dan mendapat pahala dari Allah SWT. Amin.

Assalaualaikum WBT

p/s: sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan Adik Batrisyia.. Amin.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 940

Trending Articles