1.BUAT NOTA DALAM BUKU NOTA
Ini adalah salah satu cara yang paling berkesan dalam memastikan anda ingat apa yang anda ingin diri anda ingat. Mungkin jikalau anda seorang murid, anda perlu mengingat pelbagai jenis kerja rumah kan? Jadi anda patut ada satu buku nota untuk anda tulis apa yang anda perlu buat ATAU anda juga boleh tulis apa hal penting yang berlaku pada hari tersebut. Nampak remeh kan tetapi sebenarnya ia amat menyenangkan diri anda sendiri.
2.BULETIN BOARD
Buletin board ni macam board yang kita letak pelbagai reminder notes. Sebagai contoh, kalau kita ada meeting esok, kita boleh letak dekat situ dan anyone boleh tolong remind kan. Senang bukan? Jadi, Bulletin Board ini amat sesuai diletakkan di tempat-tempat yang senang dilihat seperti pada peti sejuk, disebelah pintu utama atau di bilik bacaan. Mudah bukan?
3.STICKY NOTES
Sticky Notes adalah cara yang paling popular yang digunakan oleh ramai orang untuk mengingatkan diri sendiri mengenai sesuatu. Sticky Notes adalah satu nota kecil yang mempunyai gam sementara padanya dan ia boleh diletakkan pada apa-apa permukaan. Ia juga digunakan untuk memberikan info kepada diri sendiri juga orang lain mengenai sesuatu. Sebagai contoh, kita nak tinggalkan pesan kepada rakan sekerja, selain menghantar email, kita boleh gunakan sticky notes dan tampalkan pada computer atau pintu rakan sekerja anda.
Jadi, apa cara anda untuk mengingatkan diri anda akan sesuatu?
Terima kasih kerana membaca.
Salam.