Quantcast
Channel: New Interesting Manuscripts
Viewing all articles
Browse latest Browse all 940

Keep Your Faith.

$
0
0
Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Sihat tak? Saya, alhamdulillah, sihat.

Hari ini, saya nak berkongsi fasal REZEKI. REZEKI adalah perkara yang Allah tidak bagitahu kita, sama jugak seperti MATI dan ada satu lagi, saya terlupa. Hehe... maaf. Ingatkan saya kalau anda, pembaca semua tahu.

Baiklah, REZEKI adalah satu perkara yang kita tidak tahu. Kita boleh work for it, kita boleh berusaha untuk perkerjana yang kita buat dan kadang-kadang rezeki datang dalam pelbagai. Sebagai contoh, kita cuba berusaha untuk buat apa yang kita suka, tapi, kadang-kadang Allah datangkan rezeki lain untuk kita. Kadang-kadang kita tak suka sesuatu, tapi kita rupanya ada bakat mengenainya. Kan? Dan Allah datangkan rezeki kita di situ.

Rezeki juga adalah satu perkara yang ramai orang kurang percaya. Baiklah, saya suka sebenarnya mengajar bahasa Inggeris, saya cuba untuk menjadi seorang guru pada satu ketika dahulu, selepasa saya belajar di Uni, tapi tak dapat. Kenapa? Saya percaya pada rezeki dan usaha. Kalau kita usaha, tapi masih kita tidak dapat apa yang kita, maksudnya, takde rezeki kita di situ. 

Tapi ada setengah daripada, cuba juga berusaha dan akhirnya dapat. Dan mungkin itu rezeki usaha dia, adakah saya tidak berusaha? Mungkin iya, mungkin tidak. Tapi, itu lah rezeki, rezeki akan berubah jikalau kita berusaha gigih.

Apakah kita tidak bersyukur kepada Allah? 

Tanya diri kita sendiri. Adakah kita tidak bersyukur?

Ada juga yang diberikan istidraj oleh Allah. Itu hal lain.

Apa-apa pun, rezeki berasal daripada  Allah, usaha datang daripada kita. Usaha kita yang kuat untuk menghasilkan sesuatu untuk niat yang baik akan mendatangkan rezeki daripada Allah, dan percaya kepada Allah SWT adalah asas yang paling penting.

Jadi! keep your faith and trust Him.

Assalamualaikum WBT
p/s: Luv.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 940

Trending Articles