Quantcast
Channel: New Interesting Manuscripts
Viewing all articles
Browse latest Browse all 940

Soh Seh Si Semah : Salam Perkenalan.

$
0
0
Assalamualaikum WBT,


 Haaa... uols! Saya lah yang menggantikan Jemah untuk segmen hiburan di blog ni. Upah? okay lah... not bad, boleh la kalau setakat nak makan salmon 1 ekor setiap hari. Gituhhh... hahaha.. over taks? 

Baiklah, salam perkenalan semua, nama saya Siti Sematulailatunnajah. Umur? haaa.. umur, umur saya 23 tahun, saya tinggal di Paris, kau rasa?? Hahaha... takdelah, saya ada je kat Malaysia ni. Nama Siti Semahtulailatunnajah diberikan oleh seseorang.. tapi saya nak korang panggil saya Semah, okay? nampak kampung sikit, ala-ala suci gituhhwww!!! auwww... Baiklah, nama penuh Semah tu diberikan oleh seseorang tapi takkanlah Semah nak bagitahu kan? NO no no!!!

Baiklah, bek to bisnes. Tuan Blog ni suruh Semah tulis fasal hiburan tanahair, dia cakap tulis lah dalam frame 1 minggu camtu, kalau ada cerita panas-panas tu tulis je lah, lagi panas, lagi mendidih, lagi bagus. Dalam hati Semah, mesti dia nak naikkan traffic dia, takpe, janji gaji Semah masyukk!!! katanyah kau. Then Semah tanya, macamane dengan bahasa? Dia cakap,  Bahasa tu kalau guna bahasa yang hiburan takde masalah, cuma jangan lah kurang hajar sangat, takut yang membaca rasa menyampah. Haaaa.. camtu lah bila Semah tanya dia. Maka bermulalah cerita hiburan Semah di Malaysia ni.... segmen ini Semah namakan, Soh Seh Si Semah.

Baiklah, tapi Semah ada baca satu blog hiburan terkenal kauuu... hebat nau-nau. Tup tup, Semah baca, ada seorang artis ni katanyah, Tak nak menghadiri apa-apa majlis hiburan. Mula-mula Semah baca tajuk dia, alhamdulillah lah, sebab ramai artis sekarang ni kalau pergi ke majlis hiburan macam tak ingat mati berpakaian. Koyak sana, koyak sini, dedah sana, dedah sini. Tua Muda sama naik. Pening jap, yang muda tu mungkin la boleh dinasihati, tapi yang tua ni? Mati menanti kak oi... rope-ropenyeee... dia rasa terkilan serta mengkelan sebab kalau dijemput ke sesebuah anugerah yang menjadi tetamu, bak kata, mengramaikan majlis je lah. So, artis ni rasa macam..

"bagaikan melukut ditepi gantang, dibuang tidak mengurang, ditambah tidak memenuh"

Laahhhh... kekdahnya begitu? Takpe la mak hayam, nak buat camne. Semah tengok perniagaan makanan tradisional Melayu hen tu kemahen lagi! Boom meleTOP-leTOP!!!! Boom! Berbilliunz order dari hen. Makanya, Semah ingat mengucapkan jutaan tahniah kepada artis ini diatas kejayaan yang dikecapi sejak beberapa puluhan dalam industri hiburan tanahair ini. Tahniah okay?

Ni, ada satu lagi cerita yang Semah terlupa nak cakap, dok tunggu si Jemah tulah... bongok. Kenal tak satu lagi artis muda yang selalu kontroversi. Semah maklum ramai yang dah tahu dan mungkin ada yang cakap isu Semah ni dah basi, HEllooo!! *sambil tunjuk jari telunjuk then pusing-pusing... Takde yang basi dalam industri hiburan tanahair okay? Melainkan artis tu memang dah suam kuku, or sejuk siap, ok? Memula Semah tengok tweet kengkawan ni, okay, siapa lah artis ni. Tup tup! Semah tengok, laaahhh.. pakaian kau deknon. Mengalahkan Anjoulie lagi... *tu lagi satu artis Melayu Malaysia feeling mat saleh pakai baju tak cukup kain then feeling berlakon hebat, tapi? hadooo!!! Artis muda tu pakai baju bersilang tu, maybe lah tu designer's creation kan.. tapi memandangkan dia pergi tu ala-ala private party tapi disebabkan ramai yang ada IG dan Twitter makanya, lepas tangkap terus update di social media. Lain kali???? Organiser, tolonglah amik telefon these artists cam ala-ala tak faham kan? Amik telefon dorng letak dalam box then bila dah habis event bagi balik, update untuk tu biar korang yang decide, bagi je gambar yang cecantik. Camtu... hahaha... habis citer. Tapi apa-apa pun, pakailah senonoh sikit, perut tu Semah tau flat tapi.. tu lah...

Semalam dok Semah baring-baring di atas katil sambil melihat bintang yang Semah lukis di atas siling bilik Semah, tup tup, ada orang mentioned Semah fasal perceraian sepasang pasangan artis ni. Tup tup, pasangan tu dah lama kahwin tapi dikatakan si laki melafazkan cerai terhadap si bini. Lahhh... ikut pembelajaran Semah dulu, satu benda halal yang Allah SWT paling tak suka adalah CERAI. Sebab apa? Masa nak kawin kita bina masjid kan? Bila cerai? Maka masjid  tu runtuh, takde dah makmum, takde dah imam. So, Semah harap korang dapat berbaik semula sebab Semah tengok dalam Astro tu, kemahen korang mesra semasa menjadi suami isteri. No-no ok? Rujuk ke? kan? fikir anak-anak.

Now.. itu je lah untuk segmen pertama Semah ni!!! Semah serono sangat, lepas je balik dari Paris, Semah terus dapat segmen ni. Bukan apa, Semah selalu sangat dah tulis untuk artis antarabangsa, jadi Semah pun, hmmm.. peluang untuk asah penulisan bahasa Melayu Semah. Semah pun tanpa segan silu amik job ni. Peluang kan? Semah amik lah.... lagipun, dengar kata tuan blog ni pandai buat baju, Semah nak tempat lah satu hari nanti, buat pergi event hiburan... ganti Azwan Ali. Kau rasa??? Takke kena carutzz? Rasakan?? hahaha...

Tu je lah...

Assalamualaikum WBT

p/s: Lantaks...

Viewing all articles
Browse latest Browse all 940

Trending Articles