Quantcast
Channel: New Interesting Manuscripts
Viewing all articles
Browse latest Browse all 940

Persiapan Diri Menghadap Ramadhan.

$
0
0
Assalamualaikum WBT,

Adakah anda semua sihat? Kalau sihat, alhamdulillah, saya pun alhamdulillah, sihat. Tadi pergi tolong mak membaja pokok getah. ya Allah, punya lah lama saya tak exercise, tangan ni rasa lenguh2.. malu lak rasa, erk!!! lepas membaja, keluar peluh sikit, apa lagi.. soruuu time!!! hahahha..

Peluh keluar sikit, makan masuk banyak, ke camne tu? Formula tu menjadi tak? Of kos lah menjadi!! Menjadi GEMOK!! huhuhuh.. ni dah sechubby-chubbynya dah ni, *takkan lah nak guna perkataan gemuk kan? hahahha.. *ups! terguna...

Menu hari ni adalah nasi ayam. *bungkus. sebab mak terlampau letih, so, takdenya nak masak-masak, okay? Hari ni takde main masak-masak, lagipun ayah dengan abang saya berpuasa, so, tinggal saya, mak, akak dan anak sedara 3 orang yang takde berpuasa. hahahha.. kwang3.. bukan tak nak berpuasa, tungguh bulan Ramadhan, baru puasa. Boleh camtu? huhu,, patutnya tarbiah diri dalam bulan Syaaban ni kan? tapi, aduh, nak buat camne, proses pentarbiahan tidak mencukupi. Tapi insyaAllah, dengan izin dan berkat-Mu, ya Allah, izinkanlah kami masuk ke dalam Bulan Ramadhan Mu yang penuh berkat, Amin.

Okay, apa persiapan bulan Ramadhan? Mak saya pergi bandar semalam sebab nak pergi klinik, beli ubat batuk, dan mak cakap,,,

"Ramainya yang buat persiapan Ramadhan, pinggan mangkuk baru, cabinet baru, lauk-pauk, meggi pun ada beli.. hebat sungguh".

Huhuhu.. inikah persiapan sebenar Ramadhan? Entah, saya tak tahu, saya memang exicted kalau bab Ramadhan nak sampai,ibarat kata,sesuatu yang besar nak datang, besar lagi daripada semua manusia dalam Malaysia dan dunia ini sekarang. Lebih mulia dari meraka-meraka yang dikatakan mulia dalam Malaysia dan dunia ini sekarang. Tiada apa yang dapa menandingi mulianya bulan Ramadhan Al-Mubarak kepunyaan Allah SWT. Seriously!

Jadi, persiapkanlah diri kita dengan sebaik dan seindah dan sesuci mungkin kerana, Ramadhan akan menjelma. Sambutlah ia dengan penuh kegembiraan dan keinsafan. Sambutlah ia dengan penuh rasa syukur dan jadikanlah Ramadhan kali ini, seolah-olah Ramadhan terakhir. Amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: sedih lak..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 940

Trending Articles