Quantcast
Channel: New Interesting Manuscripts
Viewing all articles
Browse latest Browse all 940

GIATMARA : Bukan lagi institusi kelas ke-3!!

$
0
0
Assalamualaikum WBT,

http://www.giatmara.edu.my/


Dahulunya dipandang sebagai institusi kelas ketiga namun, pandangan itu telah berubah dan sekarang ia sudah menjadi  institusi yang unggul dan telah melahirkan lebih 300,000 belia dengan pelbagai kemahiran di seluruh Malaysia. 

Sejak 1986, GIATMARA telah komited untuk melatih anak Bumiputera dalam memperbaiki kehidupan. Bermula dengan hanya 60 pelatih di GiatMARA Jitra, Kedah, GIATMARA terus menjadikan agenda untuk memperbaiki kehidupan anak Bumiputera sebagai agenda utamanya. Bermula hanya dengan 3 kursus utama iaitu, Elektrik Domestik, Menerap Bata  Kayu Tanggam dan Bengkuk Besi. 

Bermula hanya dengan 3 kursus, sekarang GIATMARA menawarkan 39 jenis kursus dibawah 12 Kluster. 12 Kluster tersebut adalah Mekanikal, Seni Bina, Pengangkutan, Pembuatan, Percetakan, Elektrikal, Komputer & Teknologi Maklumat, Fabrik, Elektronik & Mekatronik, Kulinari, Kosmetik dan Hospitaliti. Dimaklumkan bahawa sebanyak enam (6) lagi kursus akan ditambah iaitu, Peranti Aplikasi Mudah Alih, Pelancongan, Operasi Hotel, Penyiaran, Penyelenggaraan Mesin Berat dan Kimpalan Dalam Air.

Sehingga sekarang, GIATMARA telah ditubuhkan sebanyak 231 diseluruh Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, GIATMARA menggunakan konsep 80 peratus praktikal dan 20 peratus teori. Ini membolehkan para pelatih GIATMARA untuk merasai bagaimana cara kerja yang betul. Amalan praktikal ini juga membuatkan para pelatih membiasakan diri untuk rasa bekerja dalam bidang yang mereka pelajari. Perkara seperti ini memang memupuk rasa minat kepada para pelatih untuk lebih tekun belajar kerana ia adalah "hands-on"experience yang memang bernilai.

Bersempena tahun ke-29 penubuhan GIATMARA, saya juga adalah salah seorang daripada pelatih GIATMARA dalam bidang Fashion and Dressmaking ingin mengucapkan tahniah dan teruskan usaha yang dilakukan dalam menaiktaraf tahap kehidupan anak Bumiputera.

Jasa yang telah dilakukan kepada lebih 300,000 belia Bumiputera memang tidak ternilai. Ia sungguh mahal dan usaha yang kalian lakukan adalah hebat dan sungguh bernilai. Tahniah.

Assalamualaikum WBT

p/s: Ia bukan lagi institusi kelas ke-3!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 940

Trending Articles