Assalamualaikum WBT,
Apa khabar semua?
Saya sebenarnya amat bersimpati dengan keluarga mangsa-mangsa penumpang-penumpang dan crew-crew AirAsia Indonesia yang baru ini terhempas di Belitung. Sesungguhnya memang tiada apa yang dapat diungkapkan selain, Stay Strong.
Setiap daripada kita diuji dengan pelbagai jenis ujian. Ada yang hebat, ada yang biasa-biasa dan sesungguhnya ujian yang diberikan adalah mengikut kemampuan hati kita semua. Yang ringan di mata kita, tidak semestinya ringan di bahu yang memikulnya.
Kita hanya mampu mengucapkan kata-kata yang mungkin dianggap sebagai penyejuk hati bagi mereka yang menerima dugaan tersebut namun, apalah yang dapat dikatakan lagi? Mungkin ada pihak cuba mengecilkan apa yang berlaku, namun, apa yang berlaku memang berlaku. Mungkin juga ada pihak yang cuba menyamakan apa yang berlaku dengan kejadian MH370. Please, don't! Things are not the same. Kedalaman lautan dan ketepatan ukuran kejadian adalah berbeza. Biarpun cuaca dikatakan sama, namun, ada banyak aspek lain yang boleh diketengahkan untuk menyangkal apa yang berlaku.
Kejadian yang berlaku sebenarnya adalah perkara yang memang tidak dirancang. Who would want to plan something like this, right? No one. If so, to me it can be charged for murder. And saya masih lagi menunggu keputusan isi kotak hitam MH17 yang dikatakan di bawa ke satu tempat untuk dianalisis. Bilakah akan dikeluarkan keputusan analisis tersebut?
Mungkin siapalah yang akan membaca tulisan saya ini, tapi mungkin kepada yang membaca, bolehlah share dan panjangkan kepada mereka yang lebih bertanggungjawab.
Assalamualaikum WBT
p/s: I am wish you AirAsia.