Assalamualaikum wbt,
Mungkin ramai jugak yang tahu fasal apa yang hendak saya kemukakan ini. Kita semua tahu yang Komik/Cartoon dengan kanak-kanak memang tak dapatlah dipisahkan, kan?
Baik,sebenarnya, komik tu adalah satu genre, tetapi kalau di Malaysia ni, majalah kanak-kanak dan remaja juga dikenali sebagai komik, buku Doraemon juga dipanggil komik. Baik, apa sebenarnya istilah komik?
Kalau mengikut kamus En. Google, comic adalah causing or meant to cause laughter (adj.) or n. a comedian, especially the professional one. Maksudnya disini sesuatu yang boleh menyebabkan ketawa. Baik, Genre komik ni boleh dibawa ke dalam banyak medium, contohnya seperti filem, drama, telemovie, tulisan, kartun, feature film dan lain-lain. Jadi, ia tidaklah terbatas kepada hanya satu medium iaitu komik strips yang banyak kita jumpa di dalam buku-buku.
Jadi, terbaca saya Berita Harian Edisi Selasa, 30 September 2014 di Minda Berita Harian yang ditulis oleh Nas Norziela Nasbah dengan tajuk "Komik bukan sekadar hiburan". Memang betul, saya sangat bersetuju dengan tulisan Nas ini, dulu mungkin kartun hanyalah sekarang pelepas lelah, tetapi tidak sekarang. Zaman ini, ramai sudah yang mampu melihat kelebihan kartun itu sendiri, jikalau ada berpeluang untuk menonton kartun di saluran di Astro, anda sendiri akan terkejut dengan alihan bahasa yang rata-rata menggunakan bahasa yang tidak melambangkan kita sebagai rakyat Malaysia. Kenapa?
Rata-rata penggunaan bahasa Malaysia adalah tidak kena dengan bahasa yang sepatutnya ditontonkan kepada kanak-kanak. Saya jujurnya menonton jugak kartun, seperti Ninja Nintama yang saya sendiri rasa, bahasa yang digunakan agak okay dan sopan. Tetapi tidak kartun seperti Adventure of Fin and Jake dan juga kartun yang ada nenek dan seekor anjing tu. Memang bahasanya sungguh agak kasar. Adakah ini yang kita hendak untuk anak-anak kita tonton? Tidak bukan?
Dalam artikel yang ditulis oleh Nas, dia ada memaparkan dua orang penulis dan pelukis komik kartun bebas yang bernama Encik Mohammad Nazry Abdul Salam dan adiknya Mohammad Afiq. Mereka berkarya dengan menghasilkan himpunan buku komik kartun yang berunsurkan nasihat atau pendidikan.
Ini bagusnya jikalau ada anak tempatan yang berani untuk keluar dan stand for themselves and cuba untuk mendidik anak-anak watan sendiri dengan warkah yang dihasilkan sendiri. Tidak hanya dengan mengambil bulat-bulat dari luar dan diterjemah mengikut apa yang telah ditulis.
Dengan adanya komik kartun ini, sedikit sebanyak ia mampu untuk membina cara anak-anak kita menulis dan mungkin mereka juga ada bakat terpendam untuk menjadi seorang pelukis dan penulis? Semua itu boleh diasah sejak mereka kecil supaya mereka ada cara lain untuk mencari wang selain berkerja 9-5 seperti orang lain. Betul tak? Kemahiran masa kini adalah amat penting.
Jadi, tahniah saya ucapkan kepada Nazry dan Afiq kerana berani untuk menulis dan menerbitkan komik kartun yang sebegini. Tahniah! Teruskan usaha anda dan apa yang anda buat itu sebenarnya adalah bagus.
Assalamualaikum WBT
p/s: saya dulu pun selalu beli ASUH, KUNTUM, ini adalah majalah yang menggunakan kartun sebagai medium untuk menarik kanak-kanak. Bagus!