Assalamualaikum wbt,
Tadi sambil saya lunch ada anak orang sebelah rumah bertandang, darjah 6, then saya tanya,
"korang cuti ke ada kelas nanti sementara tunggu pereksa balik ni?"
"takde pun, cuti, nanti seminggu nak pereksa baru kelas straight seminggu".
Oh, begitu dalam hati saya.
"Iya lah kan, nanti kalau buat dari sekarang pening, then kalau tak buat langsung, lupa pulak camne nak jawab".
"aah, betul lah tu."
Dia sambung lagi...
"aritu masa soalan bocor tu, semua yang cikgu ajar last minute semua masuk. Yang tak pernah ajar pun pagi tu cikgu ajar sekejap. Then ada budak-budak yang hafal karangan lah, sampai dua muka surat tulis. Tapi iya lah kan, menyusahkan juga lah sebab dah prepare nak jawab, tetiba jadi macamni, sedih juga lah. Terganggu la rancangan semua."
saya jawab,
"oh iya ke? susah la macamtu kan? kesian korang. Macamni, dalam jawab soalan ni, kita tak boleh hafal, kalau hafal memang rugi, tak kreatif. Cuba fahamkan format, tahu isi sana sikit, sini sikit, then baru dapat buat karangan dengan baik. Kalau macam matematik, sains tu semua fakta memang tak boleh nak buat apa lagi, sebab memang macamtu. Tapi kalau macam BM dan BI penulisan tu, senang la nak tunjuk kreativiti sebab pemeriksa tak boleh nak potong markah dari segi IDEA, sebab IDEA adalah IDEA kita. Pemeriksa hanya boleh potong markah dari tatabahasa, ejaan, format. Itu sahaja, tapi idea, tak boleh".
Well, at least itu apa yang saya faham lah kan? hehe,
Korang? Bagi ibu bapa yang ada anak calon UPSR 2014, apa yang korang bagitahu anak-anak korang? Mesti payah kan nak elakkan dari menyalahkan sesiapa dalam hal ni kan? hehe.. so, apa yang korang bagitahu?
Assalamualaikum WBT
p/s: jelas la saya ni jiwa memberontak sikit.. hahaha