Assalamualaikum WBT,
"wehhh... kemain Astro sekarang kan? Tiap bulan caj naik. Katanya servis perkhidmatan dinaiktaraf tapi time hujan tetap takde siaran".
Itu rungutan dari Mak Jemah yang memang menginginkan perkhimatan dan inginkan stesen tv yang lebih banyak, namun, apakan daya, takde UniFi sampai ke rumah. Takde servis HyppTV sampai ke rumah, so, nak tengok TV 1,2 dan 3 sahaja? Maklumlah, 8TV, NTV7, TV9 takde sampai rumah. Kenapa? Mungkin Mak Jemah duduk di pedalaman yang tidak diambil kira oleh setesen-setesen tv besar nun. Biarlah mereka majukan bandar yang memang sudah ternyata maju kan? Jurang semakin besar. Itu yang mereka hendak, Jemah tetap mengeluh pun.
Dah lah line telefon kat area Jemah ni kejap ada kejap takde. Telefon semakin canggih, malangnya, line takde? Jemah mengeluh, tetap mengeluh. Tapi Jemah memang bersyukur, tapi Jemah hanyalah seorang manusia yang menginginkan kebaikan kepada orang lain juga. Bayangkan kalau kat kampung Jemah ada perkara-pekara yang buruk berlaku. Takde line telefon nak call sana sini? Buatnya line tak elok ke? Takde line langsung ke? Adakah Jemah mampu untuk membantu? mungkin tidak. Jemah masih mengeluh.
Lagipun, evolusi kampung Jemah ni memang hebat. dari Telefon awam pusing-pusing tu, ke telefon awam biasa, then telefon wireless then Kampung Tanpa Wayar, memang perkara yang hebat, namun, apakan daya, ramai rakyat kampung Jemah pakai telefon dan kadang-kadang telefon hanya sebagai aksesori untuk menunjuk, iya lah, takde line. Jemah tetap mengeluh.
Jikalau hendak dibandingkan dengan negara-negara lain, memanglah, let say, Vietnam ke, Papua New Guinea ke, TIbet ke? kan? Memang negara kita masih berada dia atas dari mereka. Cuma Jemah terkilan sebab ramai yang kata negara kita hebat dengan itu, ini, itu, ini, Jemah rasa, masih banyak yang boleh diperbaiki sebenarnya, sejak dari Pucuk Pimpinanan ke Akar Umbi. Tapi tu lah, suara rakyat hanyalah kecil jikalau hendak dibandingkan dengan mereka yang 'tahu bersyukur'? Bercakap fasal bersyukur, BERSYUKUR ADALAH KHAS UNTUK ALLAH, BUKAN UNTUK KERAJAAN. ADA YANG CAKAP,
"Bersyukur lah kepada kerajaan sebab kerajaan telah buat itu, ini bagai-bagai".
Jemah rasa meluat sangat sebab term bersyukur tu hanyalah untuk Allah, bukan untuk kerajaan. Kalau Allah nak hancurkan sesebuah kerajaan, dah lama Allah buat. Sebab Dia mampu untuk melakukannya. Tapi janganlah pulak takbur ye? Takut berdosa, itu sahaja.
So, Jemah akhiri dengan pantun ini,
Monyet dikali termakan lada,
Melompat sampai ke Tasik Titiwangsa,
Jikalau mahukan rakyat yang menyokong anda,
Bekerjalah dengan saksama.
Itu lah keluhan dan sungutan Jemah yang saya dengari. Kesian Jemah, sabar ye Jemah.
Assalamualaikum WBT
p/s: macamtulah duduk di pedalaman yang kurang perhatian dari ADUN sendiri.