Quantcast
Channel: New Interesting Manuscripts
Viewing all articles
Browse latest Browse all 940

"Tengok siapa hebat? Aku ke dia?"

$
0
0
Assalamualaikum WBT,

Siapa percaya kepada Allah SWT? Kalau percaya, kita takkan buat jahat kan, tapi itulah manusia. Bersifat pelupa dan bila memerlukan sahaja mencari.

Bukan apa, Allah sebenarnya sayangkan hamba-hambaNya tetapi bagi mereka yang baik, Allah akan bagikan kelebihan kepada mereka, tetapi bagi mereka yang jahat tetapi selalu berjaya mendapatkan apa yang mereka kehendaki tanpa ada apa-apa halangan, itu dipanggil Istidraj. Istidraj adalah kelebihan yang diberikan kepada manusia supaya mereka pergi lebih jauh dan lebih sesat dalam dunia Allah ini, dan Allah ingin melihat, sejauh mana manusia ini pergi.

Nauzubillahi min zalikh.

Kepada yang suka sangat mengadu domba, membuat cerita terhadap orang lain kepada orang lain, ingat, dunia ni bukan awak punya. Saya tahu, ada pembaca saya yang saya kenal di sini, biarpun tidak mengikut saya secara terang-terangan, tapi yang silent followers tu yang selalu buat cerita. Maklumlah, mereka hebat, mereka MAMPU MENJATUHKAN sesiapa sahaja. Jangan risau, dan mark my words, Allah selalu ada bagi mereka yang terainaya dan bagi mereka yang mengainaya, Allah pun ada untuk kamu, balasan berat. Tau apa balasan Allah untuk mereka ini? Baca Al-Quran, kot nak diterangkan hati dan diberikan hidayah Allah, mana tau kan, lepas baca terus berhenti kerja dn mengabdikan diri kepada Allah dan mintak Allah ampunkan dosa-dosa kering mengata orang dan memburuk-burukkan orang, bukan senang kan? Berdoa je lah.

Lagi satu, contoh eh, Si A buat penat-penat kerja, surat tu nak sign, surat ni nak sign tetiba ada orang kata, "eh, tak payah lah pergi benda dia buat tu, membazir, bukan apa, kita kan nak save duit".

Apa perasan korang? marah? Sedih? Kalau saya lah, saya campur dua-dua sekali, marah sebab perangai camtu sekali, sedih sebab, tak sangka begitu busuk perangai. Entah lah, mungkin diaorang ni tak percayakan Allah kot. Biarlah, kita tengok sejauh mana mereka melangkah, bukan apa, setiap langkah ada penghujungnya.

Assalamualaikum WBT

p/s: Tak hidup dek puji, tak mati dek keji.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 940

Trending Articles